Wednesday 6 April 2011

pigmentasi dan kesan kehitaman..







pernah tak kamu perasan bahagian2 tersembunyi kamu itu warnanya berbeza dgn warna kulit yang lain..haaa..jadi disini saya ingin berkongsi2 apakah punca2 nya dan cara2 kasi hilang itu karat la..haha..setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..jgn risau oke..selamat mencuba..:)




soalan:Bagaimana untuk saya pulihkan kemaluan saya kerana bahagian bibir luar kemaluan saya hitam dan pangkal paha saya juga hitam malah bawah punggung saya juga.

Jawapan:Kehitaman atau pigmentasi sememangnya biasa berlaku dibahagian kemaluan,celah pangkal paha atau bahagian bahagian lain yang tersepit/terlindung.Ada pigmentasi yan g terjadi secara semulajadi dan ada juga yang berlaku akibat keradangan dari jangkitan kuman atau kulat.

Pigmentasi majoritinya adalah disebabkan pengumpulan sel-sel kulit mati dan penebalan lapisan kulit yang berlaku akibat keradangan kronik,radang biasanya ditandai dengan kulit kemerahan,kegatalan dan terasa pedih akibat luka garuan.

Secara jujur kehitaman/pigmentasi yang berlaku sememangnya boleh dihilangkan secara perlahan-lahan tetapi memakan masa yang panjang,mungkin 3-6 bulan untuk melihat perubahan ketara.

Suka diingatkat bahawa kawasan kemaluan dan pangkal paha adalah kawasan yang berkulit lembut,sensitif dan mudah luka.Oleh itu penggunaan bahan-bahan pemutih yang mengandungi agen pemutih atau agen pengelupasan dari bahan kimia seperti Hydroquinone,asid dan sebagainya adalah dilarang sama sekali.

Saya mencadangkan agar saudari/puan cuba menggunakan bahan bervitamin seperti yang mengandungi Vitamin A,C dan E yang sememangnya berkesan sebagai agen anti-oksida,bertindak sebagai agen pemutih semulajadi dan juga agen pengelupasan secara perlahan-lahan.

Vitamin-vitamin ini biasanya bertindak secara menggalakkan pertumbuhan dan penggantian kulit baru dan secara tidak langsung memutihkan kehitaman/pigmentasi .

Antara ubatan/krim yang boleh digunakan ialah:

1)Krim Vitamin ACE (Jenama YSP),sapu rata hingga meresap 2 atau 3 kali sehari,hendaklah dilakukan secara berterusan.

2)Vitamin E oil-minyak vitamin E juga digunakan secara menyapu hingga meresap pada bahagian terlibat 2 -3 kali sehari.

3)Pil Vitamin C 1000mg setiap hari dan Pil Vit E 400mg setiap hari.

Selain itu, gunalah juga produk –produk lain jika mahu,yang penting ianya berkesan dan selamat seperti basuhan pati sireh dan sebagainya.Menyental secar lembut juga digalakkan untuk membuang sel-sel mati.

Apapun yang digunakan hendaklah selamat,jika sekiranya berlaku kesan kegatalan yang lebih setelah pengunaan apa-apa produk,hendaklah berhenti menggunakannya dan dapatkan nasihat pakar.

No comments:

Post a Comment