Thursday 1 September 2011

bila sicomel dah tiada....







Hari ni hari yang menyedihkan buat aku bila hari ni aku kehilangan anak kucing aku..tiger..aku membelanya sejak umur dia 1 bulan..selama menjaganya hati aku cukup terhibur..segala kekosongan dihati terubatlah sikit..dia seekor kucing yang lincah..pandai..aku selalu bila cuti bawa dia pulang kekampung..dia cukup membuatkan orang yang bermain dengan dia rasa seronok...dia suka kejar2 orang yang usik dia..gaya dia sangat comel...dah lama aku tak dekat dengan kucing semenjak aku keguguran bila doktor sahkan aku dijangkiti toxoplasma..sejenis virus dari kucing..sejak tu aku cuba jauhkan diri dari kucing walaupun aku rasa jiwa aku agak terseksa sebab aku sangat suka kucing...rasa nak peluk...nak cubit2..tapi oleh kerana aku nak menjaga kesihatan untuk ada baby aku lupakan semua tu..tapi setelah beberapa bulan aku masih belum mengandung..adala seorang pakcik menyuruh aku membela seekor kucing..katanya membela haiwan peliharaan boleh menghilangkan strees..yup aku setuju tu. Suami pun belila si tiger ni..masuk hari ni dah 3 bulan la dia tinggal bersama kami..segalanya ok..dia tak buat kotor..berak pon dalam kotak najis dia..paling aku suka dia sangat aktif.


Hari raya ni kan aku balik kampung, jadi bawala dia sekali..kebelakangan ni aku selalu nampak dia sibuk nak keluar rumah nak masuk bawah kereta..nasib baiklah ada orang nampak jadi bawa la dia keluar dari bawah kereta tu..aku pun saja2 la cakap..dah nak mati agaknya dia ni..tapi pape jadi aku redha jela..rupanya betul apa yang aku fikirkan..pagi ni dia macam biasala main..lari sana sini..panjat semua..lepastu kim nak keluar aku pun tak perasan tiger ikut kim..dia masuk bawah kereta..lepas kim pergi tiba2 aku dengar adik aku panggil aku..aku dah agak mesti ada sesuatu tak kena..


Aku keluarla tengok..berdebar2..dari jauh aku nampak tiger terbaring..ekornya bergerak perlahann..aku tengok 2 biji matanya keluar habis..hidung dan mulut sikit berdarah...tiba2 kim balik..dia kata macam rasa ada kucing kat atas jalan..dia pun tak tau tiger dah mati dilanggarnya..lepastu aku beritahu la perkara ni.. aku dukung si comel aku yg dah tak bernyawa ni bawa pergi tanam..kat situ aku dah tak boleh tahan lagi..aku menangis terasa kehilangannya...yela...selama 3 bulan ni diala peneman aku kat rumah kalau kim tak ada..diala yang aku marah diala yang aku kacau..tapi petang ni bila balik dah tak ada apa nak aku kacau..nak aku main..nak aku cakap2...tengok tempat tidur dia pon dah membuatkan aku terbayang2 dia..sebakk wehhh...hanya tuhan yg tahu..errrmmm...tapi aku dah biasa kot kehilangan barang yg aku sayang..baby dah 2kali..skrg dia...huh..dugaan2..


So pasni rasa serik pulak nak bela haiwan peliharaan...aku rasa rindu sgtlah ngan tiger...mcmna la perasaan mereka yg kehilangan org tersayang kan..yang pergi takkan kembali tu..sedangkan binatang pon kita rasa sedih nikan pula manusia..tapi setiap yg hidup akan matikan..cuma kekuatan jela yang kita perlu ada tok tempuh semua ni...