Wednesday 6 April 2011

Bisul di alat sulit ( Bartholian's cyst )

 Pernah tak korang rasa ada jerawat kat miss v korang tu..tapi ia semakin lama semakin membesar..kalau korg nak tau apa nama benda tu sebenarnya meh baca artikel kt bawah ni aku dapat dari seorang doktor..Sangat berguna untuk kaum wanita...selamat membaca..:)




Soalan:
UMUR SAYA 24TH,SAYA DAH KAHWIN 4TH DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK BERUSIA 3 TAHUN,MASALAH SAYA, DI TEPI BIBIR ALAT SULIT SAYA ADA MEMPUNYAI KETUMBUHAN SEBESAR BIJI LIMAU,DULU IA KECIL SAHAJA TETAPI SEMAKIN MEMBESAR,ADAKAH IA MEMBAHAYAKAN DIRI KITA ?

Jawapan:
Ada dua kemungkinan :

1-Kalau dibahagian luar bibir besar kemaluan iaitu disekitar rerambut kemaluan ianya hanya “biji” yang disebabkan oleh kelenjar peluh dan rerambut yang tersumbat.Ianya dikenali sebagai “Folliculitis”.

2-Kalau dibahagian dalam bibir kecil kemaluan,ianya ialah “Bartholin’s cyst” iaitu penyumbatan kelenjar di bibir bahagian dalam yang berfungsi menghasilkan cecair pelincir semasa hubungan seks,biasanya ia tersumbat oleh sel-sel mati dan cecair pelincir yang terlalu pekat.

Puan jangan risau sebab kedua-duanya,Folliculitis dan Bartholin’s cyst biasanya tidak merbahaya ,bukan kanser tetapi boleh dijangkiti kuman dan bertukar menjadi bisul yang sakit dan bernanah.

Bartholin’s cyst yang terbentuk juga boleh membesar hingga boleh mengganggu pergerakan dan hubungan seks.


Adakah ianya perlukan Rawatan ?
1-Folliculitis;
Memerlukan rawatan antibiotic dalam bentuk krim dan oral.

2-Bartholin’s cyst
-Ianya jika tidak dijangkiti kadang-kadang boleh mengecil dan sembuh dengan sendiri,minumlah lebih air sekurang-kurangnya 2-3L sehari dan amalkan mencuci kemaluan dengan pencuci wanita yang sesuai.
-Jika telah dijangkiti rawatan krim antibiotik dan oral antibiotik adalah wajib.

Elakkan dari memicit ke dua-dua biji/ketumbuhan itu kerana ia hanya akan lebih memudaratkan.Sekiranya ianya telah dijangkiti kuman,puan akan mengalami demam dan kesakitan ,sekitar ketumbuhan akan kemerahan dan membengkak,semasa ini rawatan antibiotic adalah amat penting.

Hanya pembedahan mengeluarkan /melepaskan penyumbatan “Marsupialization” akan dapat memastikan Bartholin's cyst itu hilang sepenuhnya.Perlu diingat di bahagian dalam bibir kecil kemaluan terdapat banyak kelenjar seperti ini dan masalah ini mungkin boleh berulang di kelenjar yang lain pula.Oleh itu langkah pencegahan secara memastikan kemaluan sentiasa bersih dan meminum air secukupnya adalah amat penting.

Berjumpalah doctor untuk rawatan jika :1-Folliculitis semakin membesar,sakit dan bertukar menjadi bisul.
2-Saiz Bartholin’s cyst telah membesar hingga mengganggu pergerakan dan hubungan seks.
3-Bartholin’s cyst telah dijangkiti dan rawatan antibiotic serta langkah pembedahan diperlukan.

Harap puan berpuas hati dengan jawapan ini.

Terima kasih.

Dr.Mazlan Bin Mat.

9 comments:

  1. salam... sy nk tanya... kalau bisul tinggalkan kesan, macam mana nak hilangkan? ia melibatkan bahagian punggung juga...

    ReplyDelete
  2. salam, sy nk tny.. sy baru je buat pembedahan bisul di bahagian kemaluan itu. dan mcm mana tak nak berulang lagi ? sy baru berkahwin. dokter ckp kemungkinan boleh dtg lagi. kalau sy tak jage dgn betul. :(

    ReplyDelete
  3. Sy nak tanya, sy sudah buat pembedahan dua kali. Lepas tu sy rs bengkak tu dtg balik. Apa patut sy buat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada baca dekat blog lain. Kalau nak kecilkan biji tu, boleh tuam dengan air panas. Saya pun ada. Tapi saya tk thu jik saya patut jumpa doctor atau buat rwtan sndiri

      Delete
  4. Kalau bisul, sudah pecah dan keluar nanah, macam mana ye???

    ReplyDelete
  5. sy pun mengalami masalah yg sama. apa patut kita buat? sakit yg teramat skrg ni..

    ReplyDelete
  6. sy dah kali kdua jadii aduhh siksanya sakit tu..first sy bedah kli kdua ni sy just basuh ng air pns dan tumbuk daun keman air.. antibiotik on

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis masih lg rase ke.. Sya pun baru aje alami skrg ni.. Ssh hati jgk.. Bile sya rase n picit tmpt tu mmg pedih.. Terase ada biji atau mcm daging tebal.. Tpi masih kecil lg laa...

      Delete
  7. Buat kali ni dah dua kali saya kene bisul ditempat tu...tp dicelah bibir ...and now im fever ...mybe sy kurang jaga kebersihan dirišŸ¤”...tp sy dh picit benda tu and then i x tahu sama ada darah di panties sy ni darah bisul or period ...sy x larat sngt nk jalan ...sakit di area sensitif ni...kali pertama sy picit tp dia hilang sendiri sy pon x perasan berapa hari ...tp kali ni smpai demam...boleh beri saranan

    ReplyDelete