Wednesday 12 October 2011

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT DAN SUJU

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati."



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. ' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meski! p! un aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia mengkehendaki sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat)benda itu: "Jadilah Engkau!", maka ia terus menjadi"-ayat 82, surah Yassin.

APA ITU JIN??

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
(terkena?? hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin
!!!! (terkena lagi?? hahaha..)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk.

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. 

Tuesday 4 October 2011

Alangkah indahnya hidup ini andai dapat ku tatap wajahnya..ya Rasullullah..

Meski saat ini wajah Rasulullah tidak pernah akan digambarkan secara nyata tetapi bayangan wajah beliau akan ada dalam pikiran umatnya sebagai wajah yang dipenuhi cahaya kelembutan dan kasih sayang, karena beliau adalah pembawa Rahmat bagi sekalian alam, maka wajah beliau penuh kasih sayang, demikian pula ucapan beliau saw, perangai, tingkah laku, dan bahkan bimbingan beliau saw pun penuh dengan kasih sayang Allah swt. Apa yang dimiliki oleh Rasulullahitu merupakan suatu kelebihan yang diberikan oleh Allah swt langsung kepada hambaNya yang dipilih.
Rasulullah SAW memiliki wajah yang sentiasa ceria bersinar, menyimpan keagungan dan kewibawaan.Setiap org yg menatap wajah nya akan bergetar hatinya.. Dan ini termasuk salah satu mukjizat yang baginda miliki sebab hal ini tidak mungkin dapat dimiliki oleh manusia biasa.

Rasulullah SAW

wajah rasulullah saw Bagaimanakah Wajah Rasulullah SAW
  • Keagungan inilah yang oleh Hindun binti Halah dalam manggambarkan sifat-sihat nabi, dikatakan sebagai agung dan penuh wibaa seperti yang diriwayatkan oleh At-Timirdzi.
  • Ali Karamahu Wajhah pernah berkata: “Siapa yang melihatnya sepintas lalu pasti akan terpegun kerana kewibawaannya.”
  • Ibnu Majah meriwayatkan: “ Ada seseorg datang menghadap Nabi SAW dengan menggigil ketakutan lalu Rasulullah SAW berkata; “Tidak ada apa-apa tenangkankan lah hatimu.”
  • Tatkala Amer bin Ash menghadap Nabi SAWuntuk yang pertama kali ia berkata: “Aku tidak sanggup menatap wajahnya, kalau sekiranya org bertanya kepadaku tentang sifat-sifat baginda, seraya tidak sanggup aku menceritakannya kerana mataku tidak sanggup menatap wajahnya.” SUBHANALLAH!
  • At-Tirmidzi meriwayatkan dari Ibnu Abi Halah,BAHAWA BILA Nabi SAW tengah berbicara maka semua sahabat yang berada di sekelilingnya tenang, sambil menundukkan kepala, seolah-olah kepala sedang dihinggapi burung.
  • Memang sahabat Nabi SAW tidak dapat wajah baginda dgn tajam,kerana keagungan dan kewibawaannya yang dapat menceritakan dan menggambarkan sifat dan rupa beliau adalah mereka yg masih kecil atau yg berada di bawah asuhannya sebelum masa kenabiannya, seperti Hindun binti Abi Halah dan Ali r.a.
  • Diceritakan oleh Ali Mas’ud Albadriy tentang apa yang ia dialami sendiri:Tatkala aku sedang mengajar seorg hambaku tiba-tiba ku dengar suara dari arah belakang, mulanya aku tidak memperdulikannya kerana amarahku sedang meluap kiranya itulah Rasulullah SAW setelah kutatap wajahnya maka tanpa kusedari cemeti yang yg ku pegang jatuh ke tanah, baginda berkata kepadaku: “Demi Allah.Tuhan dapat berbuat kepda dirimu melebihi dari apa yg engkau lakukan sekarang ini.” Maka dengan suara tersendat-sendat aku berkata:”Ya Rasulullah.Demi Allah aku tidak akan mengajar lagi hambalu ini sesudah ini.”
  • Ada seorg wanita namanya Qiblah binti Makhramah ia menuturkan: “ Aku pernah melihat Rasulluah SAW duduk dgn tekunnya tiba-tiba ada rasa takut menyelinap dalam hatiku, dan aku pun, menggigil ketakutan, kemudian terdenagar suara org berkata:” Ya Rasulullah ,Kesihan benar wanita itu, ia menggigil ketakutan terhadap dirimu.” Maka beliau yang tampan itu melihat diriku kerana aku berada di belakang punggungnya seraya berkata: Kasihan benar dirimu tenangkanlah hatimu.” Setelah kudengar perkataan itu,segera lenyap rasa takut dari hatiku.
  • Adapun pancaran nurani yg menghiasi keindahan dan keagungan Nabi Muhammad SAW sebagai yang tersebutpada sifta-sifat dan gambaran wajahnya, maka itu pun dalam erti yang hakiki.
Dalam sebuah hadits, seorang sahabat berkata bahwa pada suatu ketika di malam purnama yang terang benderang, ia berkali-kali memandang antara wajah rasulullah SAW dan rembulan. Maka, didapatinya, bahwa wajah Rasul terkasih adalah lebih indah dari rembulan, subhanallah. Mahasuci Allah yang telah menempatkan kita di bumi-Nya yang terhampar luas. Mahaagung Ia yang memikulkan di atas pundak kita, amanah untuk menjadi pemakmur bumi, Maha Terpuji Keadilannya, yang telah memberi kita dua bekal utama, kitab yang berisi wahyu-wahyu-Nya, dan manusia yang menjadi rasul-rasul-Nya. Rasul adalah utusan Allah. Ia manusia biasa, sebagaimana juga yang lainnya. Keberadaannya adalah agar manusia tahu, bagaimana mesti bersikap selama di dunia. Hidup kita, sesungguhnya adalah masalah. Ketika kita menerima kesepakatan dengan Allah SWT, untuk lahir ke dunia, maka masalah dimulai. Sepanjang hidup, kita dirundung olehnya. Bahkan kematian, bukanlah akhir dari masalah. Justru kematian adalah gerbang pembuka menuju masalah terbesar yang mesti kita hadapi, yaitu perhitungan dengan Allah, untuk ditentukan kemana kita menghabiskan waktu selamanya. Di neraka, lembah kebinasaan tak berkesudahan.
rasulullah saw 600x289 Bagaimanakah Wajah Rasulullah SAW
rasulullah saw
Hidup memang masalah. Banyak kesulitan melanda, tidak sedikit celah keputus-asaan menganga. Namun manusia beruntung, sebab Allah Mahaadil. Hidup memang susah, namun Allah membuatnya mudah, yaitu dengan mengutus Rasul-rasul-Nya. Dan tidak kami utus engkau (Muhammad) kecuali sebagai rahmat bagi sekalian alam.  (Q.S. Al Anbia [21] : 107). Kita yang hidup di akhir zaman, mendapat tantangan luar biasa berat. Melaksanakan amanah untuk menjadi khalufatul fil ardl, bagai menggenggam bara panas. Akan tetapi semua itu telah ada dalam perhitungan Allah, sehingga untuk hamba-hamba-Nya diakhir zaman, Allah utus seorang Rosul mulia, yang seluruh sifat yang ada pada Rosul-rosul sebelumnya. Kecerdasan Nabi Daud, ketabahan Nabi Ayyub, Ketampanan Nabi Yusuf, kedermawanan Nabi Ibrahim, dan seterusnya. Dialah Nabi Muhammad SAW.
Allah SWT membuka kesempatan pada hamba-hamba yang ingin mendekat pada-Nya, melalui diri sang Rosul panutan umat. Semakin mirip yang hamba lakukan dengan Rosululloh, maka dekat kedudukan dia dengan Allah. Sebab memang untuk itulah Rosul diutus. Buat menjadi contoh, bagaimana semestinya bersikap.Agar dapat dengan Allah, agar hidup menjadi ringan, meski syarat akan beban. Allah SWT dalam hal ini menjelaskan dalam firman-Nya, ?Dan sesungguhnya Rosul Allah itu menjadi ikutan (tauladan) yang baik untuk kamu dan untuk orang yang mengharapkan menemui Allah di hari kemudian dan yang mengingati Allah Sebanyak-banyaknya.? {Q.S. Al Ahzab[33]:21}. Maka, mengenal Rosululloh, adalah kekayaan yang tak ternilai harganya bagi kita. Rosululloh sungguh-sungguh dicipta oleh Allah untuk menjadi tauladan. Diamnya, pembicaraannya pula tindakan-tindakannya, dari ujung rambut sampai pangkal kakinya, semuanya pelajaran, seluruhnya adalah referensi berharga pembawa jalan keselamatan bagi yang mengikutinya.
Rasulullah, amat pemurah akan senyum. Seorang sahabat mengatakan bahwa tak pernah Rasulullah memandang (tentu saja sahabat yang bercerita ini adalah dari kalangan lelaki, sebab Rasulullah amat menjaga diri dari perempuaan non muslim,sekalipun hanya dari melihatnya) atau mendatanginya, melainkan senantiasa dengan tersenyum. Bibir tipisnya senantiasa menyungging indah,? lahir dari keinginan tulus membahagiakan orang lain.
Seorang lelaki bertanya kepada Albarra? bin Azib ra : “Apakah wajah Rasul saw seperti pedang ?” (bukankah beliau banyak berperang, apakah wajahnya bengis bak penguasa kejam?), maka menjawablah Albarra? bin Azib ra : “Tidak.. tapi bahkan wajah beliau bagai Bulan Purnama..”, (kiasan tentang betapa lembutnya wajah beliau yang dipenuhi kasih sayang) (Shahih Bukhari hadits no.3359, hadits serupa Shahih Ibn Hibban hadits no.6287).
Diriwayatkan oleh Jabir bin samurah ra :“wajah beliau saw bagaikan Matahari dan Bulan” (Shahih Muslim hadits no.2344, hadits serupa pada Shahih Ibn Hibban hadits no.6297), demikian pula riwayat Sayyidina Ali.kw, yang mengatakan : “seakan akan Matahari dan Bulan beredar di wajah beliau saw”. (Syamail Imam Tirmidzi), demikian pula diriwayatkan oleh Umar bin khattab ra bahwa “Rasul saw adalah manusia yang bibirnya paling indah”.
Al Imam Alhafidh Syeikh Abdurrahman Addeba?I mengumpulkan ciri ciri sang Nabi saw :“Beliau saw itu selalu dipayungi oleh awan dan diikuti oleh kabut tipis, hidung beliau saw lurus dan indah, Bibirnya bagaikan huruf Miim (kiasan bahwa bibir beliau tak terlalu lebar tak pula sempit dan sangat indah), Kedua alisnya bagaikan huruf Nuun, (kiasan bahwa alis beliau itu tebal dan sangat hitam dan bersambung antara kiri dan kanannya)”.
Dari Abi Jahiifah ra : “Para sahabat berebutan mengambil telapak tangan beliau dan mengusapkannya di wajah mereka, ketika kutaruh telapak tangan beliau saw diwajahku ternyata telapak tangan beliau saw lebih sejuk dari es dan lebih wangi dari misik” (Shahih Bukhari hadits no.3360).
Berkata Anas ra : “Tak kutemukan sutra atau kain apapun yang lebih lembut dari telapak tangan Rasulullah saw, dan tak kutemukan wewangian yang lebih wangi dari keringat dan tubuh Rasul saw” (Shahih Bukhari hadits no.3368). “Kami tak melihat suatu pemandangan yg lebih menakjubkan bagi kami selain Wajah Nabi saw”. (Shahih Bukhari hadits no.649 dan Muslim hadits no.419)“Ketika perang Uhud wajah Rasul saw terluka dan mengalirkan darah segar, maka putrinya yaitu Sayyidah Fathimah ra mengusap darah tersebut dan Sayyidina Ali kw memegangi beliau saw, namun ketika terlihat darah itu terus mengalir, maka diambillah tikar dan dibakar, maka debunya ditaburkan diluka itu, maka darahpun terhenti”. (Shahih Bukhari hadits no.2753).
Dari anas bin malik ra : “Dan saat itu dirumah hanya aku, ibuku dan bibiku, lalu selepas shalat beliau berdoa untuk kami dengan kebaikan Dunia dan Akhirat, lalu Ibuku berkata : “doakan pelayanmu ini wahai Rasulullah..” (maksudnya Anas ra), maka Rasul saw mendoakanku dan akhir doanya adalah : “Wahai Allah Perbanyak Hartanya dan keturunannya dan berkahilah” (Shahih Muslim hadits no.660).
“Dan beliau saw itu adalah manusia yg terindah wajahnya, dan terindah akhlaknya” (Shahih Bukhari hadits no.3356) . “Dan beliau saw itu adalah manusia yg termulia dan manusia yg paling dermawan, dan manusia yang paling berani saw” (Shahih Bukhari hadits no.5686).
Dari Abu Hurairah ra : “Wahai Rasulullah.., bila kami memandang wajahmu maka terangkatlah hati kami dalam puncak kekhusyu’an, bila kami berpisah maka kami teringat keduniawan, dan mencium istri kami dan bercanda dengan anak anak kami” (Musnad Ahmad Juz 2 hal.304, hadits no.8030 dan Tafsir Ibn katsir Juz 1 hal.407 dan Juz 4 hal.50)

COPY N PASTE DARI : http://caritauaja.info

Thursday 1 September 2011

bila sicomel dah tiada....







Hari ni hari yang menyedihkan buat aku bila hari ni aku kehilangan anak kucing aku..tiger..aku membelanya sejak umur dia 1 bulan..selama menjaganya hati aku cukup terhibur..segala kekosongan dihati terubatlah sikit..dia seekor kucing yang lincah..pandai..aku selalu bila cuti bawa dia pulang kekampung..dia cukup membuatkan orang yang bermain dengan dia rasa seronok...dia suka kejar2 orang yang usik dia..gaya dia sangat comel...dah lama aku tak dekat dengan kucing semenjak aku keguguran bila doktor sahkan aku dijangkiti toxoplasma..sejenis virus dari kucing..sejak tu aku cuba jauhkan diri dari kucing walaupun aku rasa jiwa aku agak terseksa sebab aku sangat suka kucing...rasa nak peluk...nak cubit2..tapi oleh kerana aku nak menjaga kesihatan untuk ada baby aku lupakan semua tu..tapi setelah beberapa bulan aku masih belum mengandung..adala seorang pakcik menyuruh aku membela seekor kucing..katanya membela haiwan peliharaan boleh menghilangkan strees..yup aku setuju tu. Suami pun belila si tiger ni..masuk hari ni dah 3 bulan la dia tinggal bersama kami..segalanya ok..dia tak buat kotor..berak pon dalam kotak najis dia..paling aku suka dia sangat aktif.


Hari raya ni kan aku balik kampung, jadi bawala dia sekali..kebelakangan ni aku selalu nampak dia sibuk nak keluar rumah nak masuk bawah kereta..nasib baiklah ada orang nampak jadi bawa la dia keluar dari bawah kereta tu..aku pun saja2 la cakap..dah nak mati agaknya dia ni..tapi pape jadi aku redha jela..rupanya betul apa yang aku fikirkan..pagi ni dia macam biasala main..lari sana sini..panjat semua..lepastu kim nak keluar aku pun tak perasan tiger ikut kim..dia masuk bawah kereta..lepas kim pergi tiba2 aku dengar adik aku panggil aku..aku dah agak mesti ada sesuatu tak kena..


Aku keluarla tengok..berdebar2..dari jauh aku nampak tiger terbaring..ekornya bergerak perlahann..aku tengok 2 biji matanya keluar habis..hidung dan mulut sikit berdarah...tiba2 kim balik..dia kata macam rasa ada kucing kat atas jalan..dia pun tak tau tiger dah mati dilanggarnya..lepastu aku beritahu la perkara ni.. aku dukung si comel aku yg dah tak bernyawa ni bawa pergi tanam..kat situ aku dah tak boleh tahan lagi..aku menangis terasa kehilangannya...yela...selama 3 bulan ni diala peneman aku kat rumah kalau kim tak ada..diala yang aku marah diala yang aku kacau..tapi petang ni bila balik dah tak ada apa nak aku kacau..nak aku main..nak aku cakap2...tengok tempat tidur dia pon dah membuatkan aku terbayang2 dia..sebakk wehhh...hanya tuhan yg tahu..errrmmm...tapi aku dah biasa kot kehilangan barang yg aku sayang..baby dah 2kali..skrg dia...huh..dugaan2..


So pasni rasa serik pulak nak bela haiwan peliharaan...aku rasa rindu sgtlah ngan tiger...mcmna la perasaan mereka yg kehilangan org tersayang kan..yang pergi takkan kembali tu..sedangkan binatang pon kita rasa sedih nikan pula manusia..tapi setiap yg hidup akan matikan..cuma kekuatan jela yang kita perlu ada tok tempuh semua ni...



Wednesday 13 July 2011

coklat compound & coklat couventure by sury la...;)

            Actually aku tak berapa minat nak buat coklat ke kek or kuih muih ni tapi aku saja la follow member elies dia nak sangat belajar buat coklat ni so aku pon on jela..kitaorang ambil kelas tu hari sabtu pagi..tak payah bawa apa2 semua barang disediakan..yuran sebanyak RM180 sahaja..nasib kitorang kira baikla kalau tak melepas RM250..kenapa? tak payah citerla..so aku pon bila pikir2 balik macam ok juga untuk isi masa lapang..or tak payahla aku order kat sapa2 kan buat sendiri lagi bagus..jimat dan puas hati..:) coklat ni pon sekarang makin menjadi2 tempahannya..rasanya memang sedap..puas hatila makan..


            Okla biar aku perkenalkan sedikit ya mengenai coklat compound ni..ianya dibuat dari kombinasi cocoa powder, lemak nabati dan pemanis. harga dia pun lebih murah dari coklat couverture. coklat ni tak perlu melalui proses tempering, cukup dicairkan dan siap untuk digunakan. So pelbagai bentuk boleh dibuat mengikut acuan yang ada di pasaran la. tetapi yang melecehkan ialah proses pembuatannya memerlukan kesabaran yang tinggi dan kreatif..pembuatnya harus bijak menggunakan pewarna dengan baik..tu bagi akula..so warna yang menarik itula yang membuatkan kita rasa sayang nak memakannya..hehe..termasuklah aku sampai sekarang coklat tu ada lagi..hehe..


             Coklat couverture pula mengandungi cocoa butter sebesar 32%-39% yang membuat coklat couverture lebih mengilap dan rasanya memang lebih enakla..tengok harganya pon tau kan..lebih mahal..coklat ni mesti dan harus melalui proses tempering. tanpa proses ni coklat akan nampak kusam dan sukar untuk membentuknya..huh teringat masa tu penat dan lenguh betul tangan aku mengacau2 coklat ni..40min tu non stop..hehe..berpeloh peloh! Tapi hasilnya memuaskan hati..:)


ok..selepas beberapa proses dilakukan akhirnya inilah hasil kerja aku..bukan yang terbaik tapi memuaskan hati jugakla..layannn..ok satu lagi aku memang suka letak gambar bersaiz besar..huhu..


1- sediakan pewarna yang dibuat dari coklat putih




2- menggunakan berus bersaiz kecil, kita warnakan dalam bekas dan bekukan, kalau tak nanti blend dah tak             cantik.




3- Bahan-bahan yang digunakan untuk mewarna




4- proses membungkus..






5- OREO CHOCOLATE








5- LOLLICHOC




6- COKLAT COUVENTURE






7 - COKLAT COMPOUND EPAL & STRAWBERRY ( warnanya menakutkan...hehe..)










Ini sahaja la sebahagian coklat yang aku nak tunjukkan..sijil2 tu tak payahla ek..hehe..so sesiapa nak order buat raya nanti ke bagi hadiah ke or apa-apa boleh cari aku kat facebook ' suri kim '..

Friday 17 June 2011

cuti-cuti malaysia di cuti-cuti sekolah

Pada cuti sekolah yang lepas..saya bersama keluarga bercuti ke A'Famosa Resort yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Untuk sampai ke A'Famosa Resort dari Seremban, kami perlu keluar menggunakan Exit-Simpang Ampat (Tampin, Alor Gajah). Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit dari Seremban. Kami check-in di Condo D'Savoy Family Studio. Masa aku kol nak booking dia kata ini sahaja yang tinggal untuk family.. 


ok la kan..selesa..cuma masa masuk jer ingat nak mandi..tapi towel pon takde..entah tak pernah tidur hotel berlaku perkara sebegini..1st time towel belum disediakan..tak buat kerja apa diorang ni..hehe..okla lepas tu kitorang pergi Animal World Safari..dalam ni macam zoo tapi ada pelbagai benda yang menarik la..macam2 ada rupanya..ingatkan borink nampak macam zoo jer..rupanya tidak..kat sini ada souvenir shop, fish pond, riding area, chicken farm, monkey island, local food court, lake view..dan lain2..ok..lepastu ada elephant show, bird show, multianimal show dan wild wild west show..1st kitorang tengok Wild Wild West Show..ala macam dalam tv cerita2 cowboy tula..lawak..takut pon ada sebab diorang pakai pistol macam betul2 jer tembak dengan bunyinya lagi..terkejut jugala...macam2 aksi diorang buat...layan....


lepas tu pergi tengok Multi Animal Show pulak...ada memerang, kerbau, monyet, ular, anjing, kucing banyak lagila buat show tau..yang kerbau pandai senyum kat orang..dia tunjuk gigi dia..senyum..kucing plak biasala lompat gelung berapi..panjat tiang..bergayut..macam2 lagila..monyet plak berguling2..terjun air..ha yang memerang lagi bijak..masukkan bola dalam net..masukkan botol dalam tong sampah..naikkan bendera..berguling-guling..lagi paling best kita tunjuk nombor contoh 9+3=12 kan? lepas dia tengok dia pusingkan  macam roda la sebanyak 12 kali..ngam pulak tu..hehe..paham? maknanya dia bagi kita jawapan tu la..hehe..


lepas tu pergi pulak bird show..tak ada gambar kat sini..sebab syok sgt tengok burung2 kat sana..pandai  dengar ckp orang..lagi2 burung kakak tua..pandai cakap apa khabar..how are u..pastu nyanyi lagu hari jadi..macam2 lagi la..pastu pegi jalan2 ambil gambar kat tasik..tak lama tu naik bot pergi monkey island..ada sekumpulan monyet sangat2 la comel..kecik jer..besar anak kucing macam tula..jinak..lagi macam2 spesis monyet lagila yang tak pernah nampak lagi..



lepas pukul 5 kitorang balik hotel..mandi solat...dan malam pergi Afamosa Cowboy Town pula.. dekat sini ada Lady Annabelle Karaoke, Angelic Massage, Beer Garden, Bowling Centre, Shopping Village, 4D Cinema dan Children Themepark. Terdapat juga Restoran Huang Di Chinese, Ranch Steak House dan Kopitiam. Sebelum masuk kami makan dulu dekat kopitiam..hmmm..mengecewakan..makanan dahla mahal..pastu biasa sangat..mee goreng..keow tiaw..nasi goreng cina..tu je kot..RM12..Lagi sedap adik korang masak kot..hehe tapi alhamdulillah bleh makan. Lepas tu, dalam pukul 9 tu ada Red Indian Show..macam biasala diorang main api..masukkan api dalam mulut la..macam2 la tapi tak sehebat masa tengok dekat Bukit Gambang Resort..lagi mencabar..lagi banyak aktiviti api yang ditunjukkan..cuma yang aku perasaan orang yang main api ni boleh tahan hensem jugakla..haha..tak gatal yer..takmo2..:) Lepas tu ada carnival macam2...last ada bunga api..ha..bunga api memang best..cantik..lain sikitla dari yang pernah nampak sebelum ni..tapi memang puas hati juga la carnival ni..harga tiket?? huii..2 dewasa 2 kanak lebih kurang rm200..hehe..ok ker?? 




ok..tamat sudah untuk Afamosa Resort..esok pagi pula ingat nak pergi water world tapi aku hilangkan tiket..hehe..lesap la rm200 begitu sahaja..sorry lokon...im careless kan..i tau..tapi nak uat macamana...??? so kitorang pergi la ayer keroh...okla..mls nak ckp panjang lagi..takde mood dah..hu..

AFAMOSA..semua orang tau...dan semua orang dah jemu...aku PON..haha






Selepas jalan-jalan 1 jam naik beca...lepas naik harus bergambar la....kenangan tok anak cucu


i love him so much! AAH CINTA TU BUTA..sekian...:)
USIA?? bUKAN PENGHALANG..AS LONG AKU HAPPY DAH CUKUP! 




TATA...JUMPA LAGI MELAKA...HARAP2 BEGITU LA...HEHE



Thursday 21 April 2011

aku hanya mencuba nasib





As salammm...wahhh..masih tersenyum2 lagi aku dari dalam kereta sampaila kerumah..bukan sebab apa..tadi aku ngn en.husband pergi funfair..then aku saja la main tikam2 air tin..so aku start la dengan 2 token bersamaan rm4...so lepas tu aku diberi 3 tin coke tau..then air tin tu ikut suka aku nak letak kat warna yang mana...cara permainannye camni..kalau kita letak coke tu kat mana2 warna yang kita suka then kita yang control game ni akan tarik bola pingpong yang berwarna oren, merah, kuning, putih dan hijau yang dah standby dalam 1 kotak ni..lepas bola tu dilepaskan suka hati suka rentak bola tu lah nak turun warna apa dulu...so sebelum start..aku pikir menggunakan akal aku yang tak berapa panjang ni berfikir berfikir..berkhayal..berimaginasi...yelah..nak menang punya pasal sampai tak ingat dosa pahala dah main tikam2 ni dosa beb..ahhh..persetan kan itu semua..aku nak aku nak...bisik hati kecil ku ini...hehe...so yang paling tak boleh bla aku cuba ingatkan..apa yang warna aku selalu nampak dlm mimpi...ha sampai mcm tu sekali...tiba2....tetttt..kuar kaler kuning...kuning2.....so apalagi...pekk!! aku tempekkan 2 tin cola kat kaler kuning....


then aku pon dengan bacaan bismillah disertai dgn ya tuhan ya tuhan...menarik supaya bola tu dilepaskan...kucu kucu kucu kucu bola tu jatuh satu persatu....dari jauh aku hanya memandang bola kuning beb...kuninggg....telah mendahului bola2 lain...dgn gagahnya dia melanggar sume bola yang ada dan mendahului tempat pertamaaa....wow...awesome2...saya dengan terkial2 tambah gedik2 sikit menghentak hentakkan kaki seolah2 saya yg mengawal bola tu..haha...yess!!! kena KAU ! HAHA...kepuasan hati aku hanya tuhan yg tahu...syukur...tanpa ku sedar aku telah memukul2 dan menyepak2 manja suamiku..suamiku hanya mengelak..eh eh katanya...OPPPPSS..terover sudah aku pada ketikaa dan waktu itu...ohhh...aku termalu sekojap..duo kojap...haissshhh...then amoi tu dgn berat tgn mnyerahkan 8 tin kat aku..walawehhh..wa ong ma...*cakap dalam hatila..* hehe..


lepastuuu...haaa...ada lagi...aku mencuba korbankan lagi 3 tin dan berharap nasib mnyebelahi aku...kali ini aku memilih kaler putih...sebab??? adakah aku masih menggunakan ilmu mimpi?? oh tidak sama sekali dan dua kali...kali ni aku just ckp dlm hati...*errmmm..putihla..mcm special jer putih ni....* tanpa buang masa, pekkk..2 tin lagi kat putih....so mcm biasala...takkan nk citer lagi corak permainannya kan..lemak arr..hehe.. bila bola dilepaskan..haaa..haa..haaa...oh my god oh my god....wahh bola putih mendahuluiiii....huyooo...rejeki2...aku menang lagi...hehe...dari riak amoi tu aku tau tersimpan perasaan tak puas hati knp aku asek onnggg jer...hehe...wa baca bismillah ma...* ckp dlm hati lagi..*


so lepastu..dlm keta aku mestila tersenyum2 kan2? sampai laki aku pon tersenyum2 jugak tgok aku..haha..so aku saja nk update kat sini..jadi kenangan aku di hari tua nanti...bukan nak meninggi diri..setakat coke je kan..lainla harta pak karun tu...jadi aku rasa terhibur jugakla malam ni..hehe..* aku masih lagi tersenyum* ^___^


peng2..aku tampar diri sendiri takut terkena sawan tin coca cola..aku taknak senyum2 lagi..cukup suri cukup!
dada~~

Wednesday 20 April 2011

DOA SEORANG BERNAMA ISTERI..

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetolkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkou redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah
sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin Ya Rabbi Allamin..

makanan-makanan yang mampu memberi ketahanan tambahan kepada tenaga seksual.


  • Dgn ilmu yg saya ada..saya nak berkongsi lagi info-info
         menarik yang boleh korang amalkan sebagai persediaan
         alam prkahwinan...

         Biasa kita boleh dengar tentang masalah lemah tenaga
         batin ketika pasangan suami-isteri beraksi di ranjang.
         Masalah ini lebih ketara dialami kaum lelaki.

         Ada sesetengah dari kalangan mereka yang tidak
         mampu mengekalkan tahap ereksi zakar untuk jangka
         masa yang lebih lama.
         Lebih-lebih lagi setelah berejakulasi atau terpancut.
         Lepas pancut je terus 'layu'.

         Ada penyelesaiannya.
         Kita sebenarnya boleh mengatasinya melalui amalan
         pemakanan makanan-makanan yang mampu memberi
         ketahanan tambahan kepada tenaga seksual.
         
        Owh, jangan salah sangka. Ianya bukan V'gra ke
         pil kuda ke ataupun apa-apa ubat-ubatan yang bersepah
         di jual di luar sana.

         Entah ye ke tidak, ubat-ubat tersebut mendapat kelulusan
         daripada Kementerian Kesihatan Malaysia mahupun
         Jabatan Kimia Malaysia.

         Makanan-makanan yang saya maksudkan 
         boleh dapatinya dengan mudah dan ianya dijamin
         selamat ^_^

Berikut adalah contoh-contoh makanan yang dimaksudkan:
    
     1.  Buah Pisang
          Buah pisang mengandungi enzim bromelain yang
          berfungsi untuk meningkatkan tenaga batin serta
          dapat mengelakkan mati pucuk di kalangan lelaki.

     2.  Buah Aprikot
          Buah aprikot mengandungi asid folik yang tinggi
          di mana ia berfungsi untuk proses metabolisma
          protein yang boleh menghasilkan tenaga kepada
          tubuh badan. Ia dapat meningkatkan stamina dan
          ghairah seks bagi kaum lelaki mahupun wanita.
    
     3.  Buah Tomato
          Tomato amat baik sekali buat sang teruna. Ia
          mengandungi sejenis anti-oksida yang mampu
          memanjangkan hayat sel-sel sperma. Amat sesuai
          bagi mereka yang inginkan anak cepat.

p/s : ni hanyalah satu ilmu yg sangat berguna untuk dikongsi kepada pasangan2 yang berkahwin ataupun ingin berkahwin..jangan pulak pikir negatif oke..:)