Tuesday 5 April 2011

pagar rumah lagi...dari pukau..pencuri..sihir...

As’salam semua saudara-saudaraku, saya ingin berkongsi ilmu milik Allah swt ini untuk diamalkan semua di dalam memagar diri (dari sihir atau ilmu hitam) dan memagar rumah (dari pukau dan pecah-masuk). Di antara amalannya ialah :
1.Jaga solat 5 waktu (solat bkn kerana nak pagar rumah tetapi kerana kita adalah hamba Allah swt.)
2.Lakukan amalan pagar diri pada hari selasa (selepas waktu solat maghrib) dan pagar rumah pada hari Jumaat (selepas solat maghrib).
3.Selepas solat maghrib (berjamaah di masjid atau sendiri di rumah) lakukan Solat Hajat (2 rakaat – mohon pada Allah swt dan nyatakan dalam doa “Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah usahaku yang sedikit ini sebagai asbab dan kupohon perlindungan-Mu Ya Allah dari ……niat apa yang dihajati….) Untuk pagar rumah anda perlu melaungkan azan dahulu di dalam rumah anda.
4.Duduk seperti dalam tahiyat awal di atas tikar sejadah (menghadap kiblat) bayangkan tembok / dinding besar menutupi rumah anda bahagian depan (jika pagar rumah) menutupi diri anda bahagian depan (jika pagar diri) baca ayatul kursy sambil menahan nafas dengan 9 wakaf (9 tempat berhenti).
5.Kemudian bayangkan tembok besar / dinding sebelah kanan anda (jika pagar diri) dan sebelah kanan rumah (jika pagar rumah) ulangi baca ayat kursy sambil menahan nafas (dengan 9 wakaf).
6.Lakukan seterusnya dengan membayangkan tembok / dinding sebelah belakang, sebelah kiri, sebelah atas dan sebelah bawah hinggakan bayangan anda itu seperti anda berada di dalam kotak yg besar menutupi rumah atau diri anda. Lakukan amalan yg sama membaca ayat kursy secara menahan nafas dgn 9 wakaf.
7.Selesai semuanya berdoalah kepada Allah swt memohon perlindungan Allah dari sebarang kejadian buruk.
Cara membuka kunci (jika ada yg terperangkap di dalam rmh anda ketika hendak mencuri / merompak dengan izin Allah swt.).Kebiasaanya mereka yg berniat jahat akan terlihat air laut atau hutan dan tercari-cari jalan keluar dengan izin Allah swt. Maka caranya ialah :
1.Duduk bersila menghadap mereka. Salawat ke atas Nabi saw (7x) lalu tepuk peha kanan sekali. Dengan izin Allah swt mereka akan tersedar.
2.Jangan pukul atau marah mereka tetapi sebaliknya jamulah mereka makan atau sekurangnya bagi mereka minum air dari bahan di rumah anda.
3.Nasihat mereka jangan ulangi lagi perbuatan buruk ini dan sedekahkan kepada mereka wang ringgit ikut keikhlasan hati anda.
4.Setelah segalanya selesai lakukan Solat Sunat Syukur (2 rakaat).

2 comments:

  1. di rumah saya sering kecolongan, namun pelaku tidak lain dan tidak bukan adalah keponakan saya sendiri, namun untuk melaporkannya ke polisi kami merasa tidak tega, tapi terus terang kami sekeluarga merasa kesal dengan sikap keponakan kami tersebut... semoga cara diatas dapat memberikan jalan keluar... terima kasih..

    ReplyDelete