Wednesday 13 July 2011

coklat compound & coklat couventure by sury la...;)

            Actually aku tak berapa minat nak buat coklat ke kek or kuih muih ni tapi aku saja la follow member elies dia nak sangat belajar buat coklat ni so aku pon on jela..kitaorang ambil kelas tu hari sabtu pagi..tak payah bawa apa2 semua barang disediakan..yuran sebanyak RM180 sahaja..nasib kitorang kira baikla kalau tak melepas RM250..kenapa? tak payah citerla..so aku pon bila pikir2 balik macam ok juga untuk isi masa lapang..or tak payahla aku order kat sapa2 kan buat sendiri lagi bagus..jimat dan puas hati..:) coklat ni pon sekarang makin menjadi2 tempahannya..rasanya memang sedap..puas hatila makan..


            Okla biar aku perkenalkan sedikit ya mengenai coklat compound ni..ianya dibuat dari kombinasi cocoa powder, lemak nabati dan pemanis. harga dia pun lebih murah dari coklat couverture. coklat ni tak perlu melalui proses tempering, cukup dicairkan dan siap untuk digunakan. So pelbagai bentuk boleh dibuat mengikut acuan yang ada di pasaran la. tetapi yang melecehkan ialah proses pembuatannya memerlukan kesabaran yang tinggi dan kreatif..pembuatnya harus bijak menggunakan pewarna dengan baik..tu bagi akula..so warna yang menarik itula yang membuatkan kita rasa sayang nak memakannya..hehe..termasuklah aku sampai sekarang coklat tu ada lagi..hehe..


             Coklat couverture pula mengandungi cocoa butter sebesar 32%-39% yang membuat coklat couverture lebih mengilap dan rasanya memang lebih enakla..tengok harganya pon tau kan..lebih mahal..coklat ni mesti dan harus melalui proses tempering. tanpa proses ni coklat akan nampak kusam dan sukar untuk membentuknya..huh teringat masa tu penat dan lenguh betul tangan aku mengacau2 coklat ni..40min tu non stop..hehe..berpeloh peloh! Tapi hasilnya memuaskan hati..:)


ok..selepas beberapa proses dilakukan akhirnya inilah hasil kerja aku..bukan yang terbaik tapi memuaskan hati jugakla..layannn..ok satu lagi aku memang suka letak gambar bersaiz besar..huhu..


1- sediakan pewarna yang dibuat dari coklat putih




2- menggunakan berus bersaiz kecil, kita warnakan dalam bekas dan bekukan, kalau tak nanti blend dah tak             cantik.




3- Bahan-bahan yang digunakan untuk mewarna




4- proses membungkus..






5- OREO CHOCOLATE








5- LOLLICHOC




6- COKLAT COUVENTURE






7 - COKLAT COMPOUND EPAL & STRAWBERRY ( warnanya menakutkan...hehe..)










Ini sahaja la sebahagian coklat yang aku nak tunjukkan..sijil2 tu tak payahla ek..hehe..so sesiapa nak order buat raya nanti ke bagi hadiah ke or apa-apa boleh cari aku kat facebook ' suri kim '..