Thursday 21 April 2011

aku hanya mencuba nasib





As salammm...wahhh..masih tersenyum2 lagi aku dari dalam kereta sampaila kerumah..bukan sebab apa..tadi aku ngn en.husband pergi funfair..then aku saja la main tikam2 air tin..so aku start la dengan 2 token bersamaan rm4...so lepas tu aku diberi 3 tin coke tau..then air tin tu ikut suka aku nak letak kat warna yang mana...cara permainannye camni..kalau kita letak coke tu kat mana2 warna yang kita suka then kita yang control game ni akan tarik bola pingpong yang berwarna oren, merah, kuning, putih dan hijau yang dah standby dalam 1 kotak ni..lepas bola tu dilepaskan suka hati suka rentak bola tu lah nak turun warna apa dulu...so sebelum start..aku pikir menggunakan akal aku yang tak berapa panjang ni berfikir berfikir..berkhayal..berimaginasi...yelah..nak menang punya pasal sampai tak ingat dosa pahala dah main tikam2 ni dosa beb..ahhh..persetan kan itu semua..aku nak aku nak...bisik hati kecil ku ini...hehe...so yang paling tak boleh bla aku cuba ingatkan..apa yang warna aku selalu nampak dlm mimpi...ha sampai mcm tu sekali...tiba2....tetttt..kuar kaler kuning...kuning2.....so apalagi...pekk!! aku tempekkan 2 tin cola kat kaler kuning....


then aku pon dengan bacaan bismillah disertai dgn ya tuhan ya tuhan...menarik supaya bola tu dilepaskan...kucu kucu kucu kucu bola tu jatuh satu persatu....dari jauh aku hanya memandang bola kuning beb...kuninggg....telah mendahului bola2 lain...dgn gagahnya dia melanggar sume bola yang ada dan mendahului tempat pertamaaa....wow...awesome2...saya dengan terkial2 tambah gedik2 sikit menghentak hentakkan kaki seolah2 saya yg mengawal bola tu..haha...yess!!! kena KAU ! HAHA...kepuasan hati aku hanya tuhan yg tahu...syukur...tanpa ku sedar aku telah memukul2 dan menyepak2 manja suamiku..suamiku hanya mengelak..eh eh katanya...OPPPPSS..terover sudah aku pada ketikaa dan waktu itu...ohhh...aku termalu sekojap..duo kojap...haissshhh...then amoi tu dgn berat tgn mnyerahkan 8 tin kat aku..walawehhh..wa ong ma...*cakap dalam hatila..* hehe..


lepastuuu...haaa...ada lagi...aku mencuba korbankan lagi 3 tin dan berharap nasib mnyebelahi aku...kali ini aku memilih kaler putih...sebab??? adakah aku masih menggunakan ilmu mimpi?? oh tidak sama sekali dan dua kali...kali ni aku just ckp dlm hati...*errmmm..putihla..mcm special jer putih ni....* tanpa buang masa, pekkk..2 tin lagi kat putih....so mcm biasala...takkan nk citer lagi corak permainannya kan..lemak arr..hehe.. bila bola dilepaskan..haaa..haa..haaa...oh my god oh my god....wahh bola putih mendahuluiiii....huyooo...rejeki2...aku menang lagi...hehe...dari riak amoi tu aku tau tersimpan perasaan tak puas hati knp aku asek onnggg jer...hehe...wa baca bismillah ma...* ckp dlm hati lagi..*


so lepastu..dlm keta aku mestila tersenyum2 kan2? sampai laki aku pon tersenyum2 jugak tgok aku..haha..so aku saja nk update kat sini..jadi kenangan aku di hari tua nanti...bukan nak meninggi diri..setakat coke je kan..lainla harta pak karun tu...jadi aku rasa terhibur jugakla malam ni..hehe..* aku masih lagi tersenyum* ^___^


peng2..aku tampar diri sendiri takut terkena sawan tin coca cola..aku taknak senyum2 lagi..cukup suri cukup!
dada~~

Wednesday 20 April 2011

DOA SEORANG BERNAMA ISTERI..

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetolkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkou redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah
sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin Ya Rabbi Allamin..

makanan-makanan yang mampu memberi ketahanan tambahan kepada tenaga seksual.


  • Dgn ilmu yg saya ada..saya nak berkongsi lagi info-info
         menarik yang boleh korang amalkan sebagai persediaan
         alam prkahwinan...

         Biasa kita boleh dengar tentang masalah lemah tenaga
         batin ketika pasangan suami-isteri beraksi di ranjang.
         Masalah ini lebih ketara dialami kaum lelaki.

         Ada sesetengah dari kalangan mereka yang tidak
         mampu mengekalkan tahap ereksi zakar untuk jangka
         masa yang lebih lama.
         Lebih-lebih lagi setelah berejakulasi atau terpancut.
         Lepas pancut je terus 'layu'.

         Ada penyelesaiannya.
         Kita sebenarnya boleh mengatasinya melalui amalan
         pemakanan makanan-makanan yang mampu memberi
         ketahanan tambahan kepada tenaga seksual.
         
        Owh, jangan salah sangka. Ianya bukan V'gra ke
         pil kuda ke ataupun apa-apa ubat-ubatan yang bersepah
         di jual di luar sana.

         Entah ye ke tidak, ubat-ubat tersebut mendapat kelulusan
         daripada Kementerian Kesihatan Malaysia mahupun
         Jabatan Kimia Malaysia.

         Makanan-makanan yang saya maksudkan 
         boleh dapatinya dengan mudah dan ianya dijamin
         selamat ^_^

Berikut adalah contoh-contoh makanan yang dimaksudkan:
    
     1.  Buah Pisang
          Buah pisang mengandungi enzim bromelain yang
          berfungsi untuk meningkatkan tenaga batin serta
          dapat mengelakkan mati pucuk di kalangan lelaki.

     2.  Buah Aprikot
          Buah aprikot mengandungi asid folik yang tinggi
          di mana ia berfungsi untuk proses metabolisma
          protein yang boleh menghasilkan tenaga kepada
          tubuh badan. Ia dapat meningkatkan stamina dan
          ghairah seks bagi kaum lelaki mahupun wanita.
    
     3.  Buah Tomato
          Tomato amat baik sekali buat sang teruna. Ia
          mengandungi sejenis anti-oksida yang mampu
          memanjangkan hayat sel-sel sperma. Amat sesuai
          bagi mereka yang inginkan anak cepat.

p/s : ni hanyalah satu ilmu yg sangat berguna untuk dikongsi kepada pasangan2 yang berkahwin ataupun ingin berkahwin..jangan pulak pikir negatif oke..:)

Wednesday 6 April 2011

pigmentasi dan kesan kehitaman..







pernah tak kamu perasan bahagian2 tersembunyi kamu itu warnanya berbeza dgn warna kulit yang lain..haaa..jadi disini saya ingin berkongsi2 apakah punca2 nya dan cara2 kasi hilang itu karat la..haha..setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..jgn risau oke..selamat mencuba..:)




soalan:Bagaimana untuk saya pulihkan kemaluan saya kerana bahagian bibir luar kemaluan saya hitam dan pangkal paha saya juga hitam malah bawah punggung saya juga.

Jawapan:Kehitaman atau pigmentasi sememangnya biasa berlaku dibahagian kemaluan,celah pangkal paha atau bahagian bahagian lain yang tersepit/terlindung.Ada pigmentasi yan g terjadi secara semulajadi dan ada juga yang berlaku akibat keradangan dari jangkitan kuman atau kulat.

Pigmentasi majoritinya adalah disebabkan pengumpulan sel-sel kulit mati dan penebalan lapisan kulit yang berlaku akibat keradangan kronik,radang biasanya ditandai dengan kulit kemerahan,kegatalan dan terasa pedih akibat luka garuan.

Secara jujur kehitaman/pigmentasi yang berlaku sememangnya boleh dihilangkan secara perlahan-lahan tetapi memakan masa yang panjang,mungkin 3-6 bulan untuk melihat perubahan ketara.

Suka diingatkat bahawa kawasan kemaluan dan pangkal paha adalah kawasan yang berkulit lembut,sensitif dan mudah luka.Oleh itu penggunaan bahan-bahan pemutih yang mengandungi agen pemutih atau agen pengelupasan dari bahan kimia seperti Hydroquinone,asid dan sebagainya adalah dilarang sama sekali.

Saya mencadangkan agar saudari/puan cuba menggunakan bahan bervitamin seperti yang mengandungi Vitamin A,C dan E yang sememangnya berkesan sebagai agen anti-oksida,bertindak sebagai agen pemutih semulajadi dan juga agen pengelupasan secara perlahan-lahan.

Vitamin-vitamin ini biasanya bertindak secara menggalakkan pertumbuhan dan penggantian kulit baru dan secara tidak langsung memutihkan kehitaman/pigmentasi .

Antara ubatan/krim yang boleh digunakan ialah:

1)Krim Vitamin ACE (Jenama YSP),sapu rata hingga meresap 2 atau 3 kali sehari,hendaklah dilakukan secara berterusan.

2)Vitamin E oil-minyak vitamin E juga digunakan secara menyapu hingga meresap pada bahagian terlibat 2 -3 kali sehari.

3)Pil Vitamin C 1000mg setiap hari dan Pil Vit E 400mg setiap hari.

Selain itu, gunalah juga produk –produk lain jika mahu,yang penting ianya berkesan dan selamat seperti basuhan pati sireh dan sebagainya.Menyental secar lembut juga digalakkan untuk membuang sel-sel mati.

Apapun yang digunakan hendaklah selamat,jika sekiranya berlaku kesan kegatalan yang lebih setelah pengunaan apa-apa produk,hendaklah berhenti menggunakannya dan dapatkan nasihat pakar.

nak buah dada montok tanpa pembedahan ?

haa..kaum wanita sememangnya menginginkan buah dada yg menawan lagi gebu kan..hehe..tak perlu risau..ada cara2 yg betul kita boleh milikinya tanpa perlu pembedahan pn..tapi mesti kena rajin2 la mengamalkan petua2 saya ni..saya dapat ni pon dari doktor..bukan dari maknyah2 yer..hehe..gurau jer..

Soalan:
macam mana nak dapatkan buah dada yang besar dan montok tanpa pembedahan.

Jawapan:
Sememangnya majoriti wanita menginginkan buah dada yang besar ,cantik dan montok,namun perlu diingat apa sahaja yang telah dijadikan Tuhan tentu ada hikmahnya.

Dari segi perubatan dan seksologi,buah dada sememangnya memainkan peranan yang penting sama ada sebagai daya penarik seksual,organ penyusuan dan juga titik penting semasa hubungan seks.Namun yang besar tidak semestinya lebih menarik dari yang kecil di mata kaum lelaki,begitulah sebaliknya.

Pertumbuhan buah dada setelah “sampai umur” dipengaruhi oleh hormon seks iaitu Oestrogen,tingginya kandungan Oestrogen dalam darah semasa proses ini maka lebih saiz buah dada juga akan lebih besar.Faktor lain termasuklah faktor keturunan,pemakanan dan persekitaran.

Bagi saya cara yang paling selamat untuk mendapatkan buah dada yang besar,montok dan cantik ialah secara meningkatkan kembali paras hormon Oestrogen dalam badan,sama ada secara langsung atau tidak langsung:

1-Terapi hormone Oestrogen-contohnya Premarin 0.625mg,1mg atau 2 mg.
Terapi ini memerlukan nasihat doctor dan pemeriksaan kesihatan berkala.Ini sememangnya berkesan dan banyak digunakan oleh golongan “Maknyah” untuk tujuan membesarkan buah dada,menghaluskan kulit dan mendatangkan sifat lebih kewanitaan.

2-Pil Manjakani,Lobata ,pati kacang soya dan sebagainya.Bahan-bahan di atas mengandungi Phyto-Oestrogen dari tumbuhan yang secara tidak langsung boleh meningkatkan paras hormone Oestrogen dalam badan dan seterusnya meningkatkan saiz buah dada.

3-Terapi HRT-mengandungi kombinasi hormon iaitu Oestrogen dan progesteron.
Juga boleh digunakan dan biasanya digunakan untuk mengatasi masalah pre-menoupause dan menoupause tetapi juga berkesan untuk membesarkan buah dada.

Urutan buah dada atau pam Vakum juga boleh membesarkan saiz buah dada tetapi ianya tidak berkekalan dan menyebabkan buah dada menjadi semakin lembut dan mengendur untuk jangkamasa panjang.

Senaman “tekan tubi” atau apa saja senaman yang melibatkan anggota atas iaitu tangan ,bahu dan bahagian dada adalah disyorkan,ianya dapat memantapkan otot-otot yang menyokong buah dada dan membuatkan buah dada kelihatan lebih besar,menonjol dan padat.

Apapun,pengamalan ubatan dan senaman di atas sememangnya memakan masa antara 3-6 bulan untuk mendapatkan kesan yang diinginkan.

Selamat mencuba.

Kebaikan LINTAH..














lintah??? eeiii...geli...takut lintahhh...ckp pasal lintah mesti dah terbayang dia hisap darah kita sampai gomok kan..hehe..tapi sebenarnya lintah ni baik tau..dia bukan suka2 nak makan darah org..dia sebenarnya nk tolong jer..hehe..meh baca perubatan mnggunakan lintah..



Pengenalan:


Penggunaan Lintah dalam perubatan sebenarnya sudah bermula pada 1500bc lagi,dahulunya ia dilakukan oleh pengamal perubatan alternative seperti Ayurveda.Lintah yang digunakan ialah lintah khas iaitu Lintah Perubatan “Hirudo Medicinalis”yang dipelihara dan dijaga khas untuk tujuan perubatan.Rahsia perawatan Lintah sebenarnya terkandung di dalam air liur lintah yang mengandungi bermacam-macam bahan kimia yang baik untuk perubatan.




Penyakit-penyakit yang biasa dirawat:


Melalui pembacaan ,saya dapati Lintah digunakan secara meluas untuk penyakit berikut:


1-Muka-Sinus,Jerawat,Sakit kepala,Migrain.


2-Kawasan Telinga-Telinga bernanah,telinga berdesing,sakit telinga .


3-Kawasan Mata-rabun,sakit mata,Glaucoma,mata terkenyit-kenyit.


4-Leher-Darah Tinggi,Stroke.


5-Belakang-Kencing manis,sakit belakang,sakit otot.


6-Tulang belakang-sakit belakang kronik,slip disc.


7-Lutut/sendi-Gout,sakit sendi,arthritis.


8-Kulit-penyakit kulit,lebam-lebam,kayap.


9-Dada-Sakit Jantung,Asthma.


10-Perut-Gastrik,Batu Hempedu,Senggugut,penyakit berkaitan alat kelamin.


11-Kaki/Tangan-kejang otot,lenguh-lenguh,kebas-kebas,Penyumbatan salur darah,luka tak sembuh dll.


12-Lebam atau darah beku bawah kulit.


13-Salur darah tersumbat-Varicose Vein .


14-Luka lepas pembedahan jika darah bertakung.


15-Mati pucuk atau lemah syahwat.

Prosedur Rawatan:

Pesakit terlebih dahulu akan berjumpa doctor bertanggungjawab untuk pemeriksaan am,pengambilan sejarah penyakit dan pemeriksaan untuk menentukan penyakit dan kawasan untuk melekatkan lintah.
Pesakit akan berbaring atau hanya duduk dikerusi ,kawasan yang telah dikenal pasti akan dibersihkan dengan air suam untuk menghilangkan kotoran,pewangi,kosmetik dan sebagainya.
Lintah akan dilekatkan pada kawasan yang dikenal pasti ,setelah lintah mula menghisap darah ia akan dibiarkan melakukan kerjanya.Lintah akan tanggal sendiri bila sudah kenyang,biasanya ianya memakan masa antara 30min hingga 2 jam.
Luka gigitan akan dibersihkan dari darah tetapi kadangkala luka akan terus mengeluarkan darah hingga 12 jam.


Biasanya 3-5 ekor lintah akan digunakan untuk satu-satu penyakit,ada juga yang terpaksa menggunakan hingga 12 ekor lintah,ini bergantung kepada jenis penyakit.

Bisul di alat sulit ( Bartholian's cyst )

 Pernah tak korang rasa ada jerawat kat miss v korang tu..tapi ia semakin lama semakin membesar..kalau korg nak tau apa nama benda tu sebenarnya meh baca artikel kt bawah ni aku dapat dari seorang doktor..Sangat berguna untuk kaum wanita...selamat membaca..:)




Soalan:
UMUR SAYA 24TH,SAYA DAH KAHWIN 4TH DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK BERUSIA 3 TAHUN,MASALAH SAYA, DI TEPI BIBIR ALAT SULIT SAYA ADA MEMPUNYAI KETUMBUHAN SEBESAR BIJI LIMAU,DULU IA KECIL SAHAJA TETAPI SEMAKIN MEMBESAR,ADAKAH IA MEMBAHAYAKAN DIRI KITA ?

Jawapan:
Ada dua kemungkinan :

1-Kalau dibahagian luar bibir besar kemaluan iaitu disekitar rerambut kemaluan ianya hanya “biji” yang disebabkan oleh kelenjar peluh dan rerambut yang tersumbat.Ianya dikenali sebagai “Folliculitis”.

2-Kalau dibahagian dalam bibir kecil kemaluan,ianya ialah “Bartholin’s cyst” iaitu penyumbatan kelenjar di bibir bahagian dalam yang berfungsi menghasilkan cecair pelincir semasa hubungan seks,biasanya ia tersumbat oleh sel-sel mati dan cecair pelincir yang terlalu pekat.

Puan jangan risau sebab kedua-duanya,Folliculitis dan Bartholin’s cyst biasanya tidak merbahaya ,bukan kanser tetapi boleh dijangkiti kuman dan bertukar menjadi bisul yang sakit dan bernanah.

Bartholin’s cyst yang terbentuk juga boleh membesar hingga boleh mengganggu pergerakan dan hubungan seks.


Adakah ianya perlukan Rawatan ?
1-Folliculitis;
Memerlukan rawatan antibiotic dalam bentuk krim dan oral.

2-Bartholin’s cyst
-Ianya jika tidak dijangkiti kadang-kadang boleh mengecil dan sembuh dengan sendiri,minumlah lebih air sekurang-kurangnya 2-3L sehari dan amalkan mencuci kemaluan dengan pencuci wanita yang sesuai.
-Jika telah dijangkiti rawatan krim antibiotik dan oral antibiotik adalah wajib.

Elakkan dari memicit ke dua-dua biji/ketumbuhan itu kerana ia hanya akan lebih memudaratkan.Sekiranya ianya telah dijangkiti kuman,puan akan mengalami demam dan kesakitan ,sekitar ketumbuhan akan kemerahan dan membengkak,semasa ini rawatan antibiotic adalah amat penting.

Hanya pembedahan mengeluarkan /melepaskan penyumbatan “Marsupialization” akan dapat memastikan Bartholin's cyst itu hilang sepenuhnya.Perlu diingat di bahagian dalam bibir kecil kemaluan terdapat banyak kelenjar seperti ini dan masalah ini mungkin boleh berulang di kelenjar yang lain pula.Oleh itu langkah pencegahan secara memastikan kemaluan sentiasa bersih dan meminum air secukupnya adalah amat penting.

Berjumpalah doctor untuk rawatan jika :1-Folliculitis semakin membesar,sakit dan bertukar menjadi bisul.
2-Saiz Bartholin’s cyst telah membesar hingga mengganggu pergerakan dan hubungan seks.
3-Bartholin’s cyst telah dijangkiti dan rawatan antibiotic serta langkah pembedahan diperlukan.

Harap puan berpuas hati dengan jawapan ini.

Terima kasih.

Dr.Mazlan Bin Mat.

Tuesday 5 April 2011

kelebihan ayat kursi


Mahfum ayat:
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

kelebihan surah alFatihah..


Hadith:
Hazrat Abdul Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulallah s.a.w bersabda "Didalam surah alFathihah terdapat satu ubat untuk segala penyakit"
Kelebihan surah Fathihah terdapat dalam banyak hadith-hadith.
Rasulallah s.a.w juga pernah bersabda: "Aku beritahu kami satu surah yang teragung, yakni yang paling mulia di dalam alQuran; iaitu surah alHamd (surah pertama dalam alQuran)
Masyaikh telah menyatakan bahawa membaca surah Fathihah dengan penuh percaya dan yakin akan menyembuhkan segala penyakit, sama ada penyakit rihani atau jasmani, penyakit luar atau penyakit dalam. Menjadikan tulisan sebagai tangkal dan juga menjilatnya adalah berfaedadh bagi mengubat segala penyakit.
Terdapat didalam Sihah (enam buah kitab Hadith yang sahih) bahawa sahabat-sahabat Rasuallah s.a.w pernah membaca surah alFathihah dan menghembus keatas orang di ggit ular dan kala jengking, malahan keatas orang yang lumpuh dan orang yang berpenyakit otak. Rasulallah s.a.w sendiri mengakuinya.
Ada satu riwayat yang menyatakan bahawa Rasulallah s.a.w pernah membaca surah ini lalu menghembusanya ke atas Saib Ibnu Yazid dan menyapu dengan air liurnya di atas tempat yang kesakitan.
Mengikut Hadith yang lain adalah dikataka bahawa semasa kita hendak pergi tidor, apabila sesaorang itu membaca surah alFathihah dan surah Ikhlas (Qulhuallah) dan menghembuskan keatas diri nya ia akan dijauhkan dapipada segala bahaya kecuali maut. 

kelebihan surah alFalaq dan anNas..


Surah alFalaq an anNas turun tatkala Rasulallah (s.a.w) balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh hijriah.
Setelah selesai perang Khaibar maka datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu seorang tukang sihir Yahudi, yang benama Labid bin Aksam, bertujuan untuk melakukan sihir keatas Rasullah (s.a.w). Dengan kerja sama dari budak Yahudi, khadam nabi, mereka telah mencuri sisir (sikat) kepala nabi serta gigi sisir.
Rupa Rasullah (s.a.w) dibuat dengan lilin, ditikam dengan sebelas bilah jarum, dan disimpul dengan sebelas simpulan.
Maka di takdirkan, Rasullah telah terkena sihir selama 40 hari. Pada suatu hari ketika nabi tidur maka datanglah dua malaikat, seorang di kepala dan seorang di kaki.
Malaikat yang di kepala: “Apa kena lelaki ini?”
Malaikat yang di kaki: “Disihir orang”
Malaikat yang di kepala: “Siapa sihir?”
Malaikat yang di kaki: “Labid bin Aksam, Yahudi”
Malaikat yang di kepala: “Dengan apa disihir?”
Malaikat yang di kaki: “Dengan sisir kepala dan gigi sisir:
Malaikat yang di kepala: “Di mana?”
Malaikat yang di kaki: “Dalam sumpit daun tamar di bawah batu dalam telaga zarwan”
Rasullah (s.a.w) kemudiannya terjaga dari tidur, menyuruh saidina Ali, Saidina Zubir dan Omar bin Yasir pergi membuka telaga zarwan, dibawa keluar sumpit yang berada dibawah batu. Di dalam sumpit tersebut terdapat sisir kepala dan gigi sisirnya dan sebelas simpul dan sebelas jarum.
Maka turunlah kedua surah ini. Apabila di baca satu ayat, maka terurailah satu simpul, sehinggalah terurai sekelian simpulannya. Maka bangunlah Rasulallah (s.a.w) seperti terungkai dari ikatan. Apabila dicabut satu jarum, terasa sakit dalam tubuh, kemudiannya hilang.
Diriwayatkan dari ‘Aisyah (r.h) bahawa Rasulallah (s.a.w) pada setiap malam apabila hendak tidur, beliau membaca surah Ikhlas, surah alFalaq dan surah anNas. Ditiupkan pada kedua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Saidina ‘Ali (r.h) menerangkan; pernah Rasulallah (s.a.w) digit kala, kemudian baginda mengambil air garam, dibacakan surah alFalaq dan anNas lalu disapukan kepada anggota yang digit kala tadi.
‘Uqbah bin ‘Amir menerangkan; ketika aku sesat jalan dalam satu perjalanan bersama dengan Rasulallah (s.a.w), baginda membaca surah alFalaq dan anNas dan aku pun disuruh oleh baginda juga untuk membacanya.
Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah alFalaq dan anNas sebanyak 41 kali, selama tiga hari, lina hari atau tujuh hari berturut-turut.
Sesiapa yang takut akan godaan syaitan atau manusia atau takut dalam kegelapoan malam atau takut kekejaman raja, bacalah surah alFalaq dan surah anNas sebanyak 100 kali.

pagar rumah lagi...dari pukau..pencuri..sihir...

As’salam semua saudara-saudaraku, saya ingin berkongsi ilmu milik Allah swt ini untuk diamalkan semua di dalam memagar diri (dari sihir atau ilmu hitam) dan memagar rumah (dari pukau dan pecah-masuk). Di antara amalannya ialah :
1.Jaga solat 5 waktu (solat bkn kerana nak pagar rumah tetapi kerana kita adalah hamba Allah swt.)
2.Lakukan amalan pagar diri pada hari selasa (selepas waktu solat maghrib) dan pagar rumah pada hari Jumaat (selepas solat maghrib).
3.Selepas solat maghrib (berjamaah di masjid atau sendiri di rumah) lakukan Solat Hajat (2 rakaat – mohon pada Allah swt dan nyatakan dalam doa “Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah usahaku yang sedikit ini sebagai asbab dan kupohon perlindungan-Mu Ya Allah dari ……niat apa yang dihajati….) Untuk pagar rumah anda perlu melaungkan azan dahulu di dalam rumah anda.
4.Duduk seperti dalam tahiyat awal di atas tikar sejadah (menghadap kiblat) bayangkan tembok / dinding besar menutupi rumah anda bahagian depan (jika pagar rumah) menutupi diri anda bahagian depan (jika pagar diri) baca ayatul kursy sambil menahan nafas dengan 9 wakaf (9 tempat berhenti).
5.Kemudian bayangkan tembok besar / dinding sebelah kanan anda (jika pagar diri) dan sebelah kanan rumah (jika pagar rumah) ulangi baca ayat kursy sambil menahan nafas (dengan 9 wakaf).
6.Lakukan seterusnya dengan membayangkan tembok / dinding sebelah belakang, sebelah kiri, sebelah atas dan sebelah bawah hinggakan bayangan anda itu seperti anda berada di dalam kotak yg besar menutupi rumah atau diri anda. Lakukan amalan yg sama membaca ayat kursy secara menahan nafas dgn 9 wakaf.
7.Selesai semuanya berdoalah kepada Allah swt memohon perlindungan Allah dari sebarang kejadian buruk.
Cara membuka kunci (jika ada yg terperangkap di dalam rmh anda ketika hendak mencuri / merompak dengan izin Allah swt.).Kebiasaanya mereka yg berniat jahat akan terlihat air laut atau hutan dan tercari-cari jalan keluar dengan izin Allah swt. Maka caranya ialah :
1.Duduk bersila menghadap mereka. Salawat ke atas Nabi saw (7x) lalu tepuk peha kanan sekali. Dengan izin Allah swt mereka akan tersedar.
2.Jangan pukul atau marah mereka tetapi sebaliknya jamulah mereka makan atau sekurangnya bagi mereka minum air dari bahan di rumah anda.
3.Nasihat mereka jangan ulangi lagi perbuatan buruk ini dan sedekahkan kepada mereka wang ringgit ikut keikhlasan hati anda.
4.Setelah segalanya selesai lakukan Solat Sunat Syukur (2 rakaat).